Jumaat, Oktober 16, 2009

PERMATA HATIKU (Part 2)

Alhamdulillah dalam tempoh kehamilan aku tidak mengalami alahan yang teruk, cuma rasa sedikat loya di awal setiap pagi, itu perkara biasa bagi setiap wanita yang mengandung.

Kini menjadi rutin harian ku setiap bulan untuk menjalani pemeriksaan mengikut jadual yang diberi oleh pihak klinik. Tidak menjadi masalah bagiku kerana sememangnya aku bertugas di klinik kesihatan. Jadi aku menerima layanan istimewa sebagai seorang staf, aku tidak perlu menunggu dan mengambil nombor giliran seperti ibu hamil yang lain...terima kasih atas semua layanan kawan-kawan jururawat, dan kakak-kakak staf nurse yang pernah menjalani pemeriksaan terhadap diriku dan kandunganku, tidak lupa juga kepada semua doktor yang merawatku, terutama DR. ELVIND YIP dan DR. MOHD ZAWAWI. Aku dijangka akan melahirkan bayiku pada tanggal 3 Februari 2009.

Alhamdulillah selama aku menjalani rawatan setiap bulan, semuanya berjalan lancar, bayi yang ku kandung sihat dan tidak mengalami sebarang masalah, sehinggalah kandunganku memasuki usia 32 minggu doktor dapat mengesan sesuatu kepada tumbesaran janinku. Doktor memberitahu janin ku terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan tempoh kehamilan. Setelah doktor melakukan scan dan pemeriksaan rapi, doktor dapat mengesan puncanya. Rupanya akau mengalami kekurangan air ketuban. Saat itu dadaku berdegup kencang, aku terkedu, risaunya hati ini hanya tuhan yang tahu, bermacam—macam perkara negatif bermain-main di fikiranku. Apa, akan selamatkah bayiku ini? Doktor dapat mengesan perubahan pada riak wajahku, lantas beliau memberitahu tiada apa yang perlu di risaukan, Insyaallah semua akAn selamat, jika aku terus menjaga kesihatan diri dan kandugan seperti biasa. Tetapi aku perlu di rujuk ke Hospital Ipoh untuk rawatan susulan. Mula dari saat itu aku terpaksa pula berulang alik ke Hospital Ipoh untuk melakukan check-up.

Sehinggalah....

To be continued.....

Tiada ulasan: