Jumaat, Oktober 16, 2009

PERMATA HATIKU (Part 2)

Alhamdulillah dalam tempoh kehamilan aku tidak mengalami alahan yang teruk, cuma rasa sedikat loya di awal setiap pagi, itu perkara biasa bagi setiap wanita yang mengandung.

Kini menjadi rutin harian ku setiap bulan untuk menjalani pemeriksaan mengikut jadual yang diberi oleh pihak klinik. Tidak menjadi masalah bagiku kerana sememangnya aku bertugas di klinik kesihatan. Jadi aku menerima layanan istimewa sebagai seorang staf, aku tidak perlu menunggu dan mengambil nombor giliran seperti ibu hamil yang lain...terima kasih atas semua layanan kawan-kawan jururawat, dan kakak-kakak staf nurse yang pernah menjalani pemeriksaan terhadap diriku dan kandunganku, tidak lupa juga kepada semua doktor yang merawatku, terutama DR. ELVIND YIP dan DR. MOHD ZAWAWI. Aku dijangka akan melahirkan bayiku pada tanggal 3 Februari 2009.

Alhamdulillah selama aku menjalani rawatan setiap bulan, semuanya berjalan lancar, bayi yang ku kandung sihat dan tidak mengalami sebarang masalah, sehinggalah kandunganku memasuki usia 32 minggu doktor dapat mengesan sesuatu kepada tumbesaran janinku. Doktor memberitahu janin ku terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan tempoh kehamilan. Setelah doktor melakukan scan dan pemeriksaan rapi, doktor dapat mengesan puncanya. Rupanya akau mengalami kekurangan air ketuban. Saat itu dadaku berdegup kencang, aku terkedu, risaunya hati ini hanya tuhan yang tahu, bermacam—macam perkara negatif bermain-main di fikiranku. Apa, akan selamatkah bayiku ini? Doktor dapat mengesan perubahan pada riak wajahku, lantas beliau memberitahu tiada apa yang perlu di risaukan, Insyaallah semua akAn selamat, jika aku terus menjaga kesihatan diri dan kandugan seperti biasa. Tetapi aku perlu di rujuk ke Hospital Ipoh untuk rawatan susulan. Mula dari saat itu aku terpaksa pula berulang alik ke Hospital Ipoh untuk melakukan check-up.

Sehinggalah....

To be continued.....

PERMATA HATIKU (Part 1)


Tanggal 9 Februari 2008, tak mungkin akan kulupakan sampai bila-bila, hari paling bersejarah dalam hidupku, hari bergelarnya aku sebagai seorang isteri yang sah kepada suami yang kucintai.. Alhamdulillah hari itu semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Genap usia perkahwinan ku 2 bulan aku disahkan hamil,hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku tika dan saat itu, tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata, tidak sabar rasanya untuk aku maklumkan khabar gembira itu pada suami. Aku pasti suami ku pasti teruja dan gembira kerana memang sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumahtangga.

Sampai di rumah tak sabar rasanya aku menanti kepulangan suami, masa terasa terlalu lambat beredar. Saat suami tiba dirumah aku tidak terus memberitahu, ku tunggu dia relaks dan berehat sebentar dan barulah ku khabarkan berita gembira itu.. mulanya dia kelihatan terkejut, mungkin tidak percaya kerana usia perkahwinan kami masih terlalu baru. Tetapi semua itu rezeki dan amanah daripada tuhan. Dan seperti yang aku jangka suami begitu gembira dengan berita tersebut, dan saat itu juga ku menerima satu kucupan di dahi dengan ucapan.."terima kasih, sayang”..

To be continued...

LIRIK LAGU :Mengapa Sukar Melafazkan Maaf

Tak faham mengapa begitu sukar padamu
Melafazkan maaf atas kesalahan lalu
Walaupun nyata engkau menjadi punca
Tak pernah sekali mengaku bersalah

Kau harus sedia menerima kenyataan
Tiap manusia mempunyai kelemahan
Tampak sempurna hanyalah di luaran
Aku sepertimu tidak lepas dari kesilapan

Dengan kekasaran,
Bukan kemenangan
Dengan keangkuhan,
Bertembung keegoaan
Semaikan di jiwa,
Kemurnian budi
Hingga hidup kita
Saling menghormati… menyayangi…

Tak faham mengapa begitu sukar padamu
Melafazkan maaf atas kesalahan lalu
Walaupun nyata engkau menjadi punca
Tak pernah sekali mengaku bersalah
Oh mengapa…

Dengan kekasaran,
Bukan kemenangan...
Dengan keangkuhan,
Bertembung keegoaan...
Semaikan di jiwa,
Kemurnian budi
Hingga hidup kita
Saling menghormati… menyayangi…

Jumaat, Oktober 02, 2009

CERMIN TAK PERNAH BERDUSTA

Tatkala kudatangi sebuah cermin,
Tampak sesosok yang sudah lama kukenali,
Namun ANEH,
Sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat.
Tatkala kutatap wajah,
hatiku bertanyaapakah wajah ini yang kelak kan bercahaya,
bersinar indah di syurga sana?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka Jahanam??
Tatkala kutatap mataku,galau hatiku bertanya...
Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan menatap Allah,
menatap Rasulullah...
menatap kekasih Allah kelak??
Ataukah mata ini yang akan terbeliak.melotot, menganga terburaimenatap neraka jahanam...
Wahai mata,apa gerangan yang kau tatap selama ini??
Tatkala kutatap mulut,
apakah mulut ini yang akan mendesah penuh kerinduan mengucap
LAAILAHA ILLALLAH
saat malaikat maut datang menjemput...
ataukah menjadi mulut menganga dengan lidah terjelir dengan lengking jeritan pilu,
yang akan menggugah sendi-sendi setiap pendengar,
ataukah menjadi mulut pemakan buah zaqqum Jahanam,
yang getir menghunus penghancur usus...
Apa yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang?!
Berapa banyak hari yang remuk dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam,
berapa banyak kata-kata yang manis semanis madu yang engkau ucapkan untuk menipu...?!Betapa jarang engkau jujur,betapa langkanya engkau menyebut nama Tuhanmu dengan tulus betapa jarangnya engkau syahdu memohon agar Tuhanmu mengampuni segala dosa yang telah kau perbuat?!
Tatkala kutatap tubuhku,
apakah tubuh ini yang kelak kan penuh cahaya,
bersinar,
bersukacita,
bercengkerama di syurga sana?
Ataukah tubuh yang akan tercabuk-cabuk hancur mendidih di dalam lahar membara Jahanam,terpasung tanpa ampun,derita yang takkan pernah berakhir...
Wahai tubuh,berapa banyak maksiat yang engkau lakukan...?
berapa banyak orang yang engkau dizalimi dengan tubuhmu...?
berapa banyak hambamu,
hamba-hamba Allah yang lemah yang engkau tindas dengan kekuatanmu?!
Wahai tubuh,seperti apakah isi gerangan hatimu?
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu,atau sebagus daki yang melekat ditubuhmu?
Apakah hatimu seindah penampilanmuatau sebusuk kotoranmu?!
Betapa berbeda,apa yang nampak dalam cermin dengan apa yang tersembunyi...
Betapa aku telah tertipu...
Aku tertipu oleh topeng...
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng,
betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng,
betapa yang indah ternyata hanyalah memuji topeng...
Sedangkan aku,
hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus...
Aku tertipu....
Aku malu...
Aku tertipu ya Allah...
Allah...!
Selamatkanlah aku...

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ..........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Antara 9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aisyah- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.