Isnin, November 02, 2009

PERMATA HATIKU (Part 3)

Dari setiap bulan...berganti setiap minggu aku ke hospital ipoh untuk melakukan check-up...dari doktor biasa aku dirujuk pula kepada doktor pakar..bimbang dengan keselamatan bayi yang ku kandung, berbagai usaha dan ikhtiar aku dan suami lakukan,apa yang disaran oleh kawan-kawan dan keluarga semua aku cuba disamping berdoa kepaada ALLAH S.W.T. Sehinggalah pada 13/1/2009 aku ke hospital ipoh seorang diri, untuk melakukan check-up seperti biasa, setelah dipanggil ke bilik scan, dan setelah doktor melakukan scan terhadap kandunganku, doktor memberitahu air ketubanku masih berada di tahap bayaha dan aku mesti segera melahirkan bayiku secara paksa, demi keselamatan bayiku.Walaupun kalau diikutkan due date sebenar pada 3/2/2009. Ddoktor menyarankan supaya supaya admit di hospital ipoh 14/1/2009 dan aku akan dipaksa bersalin pada 15/1/2009....tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu...takut...gembira...sedih...berdebar...semunya bercampur gaul...aku tidak dapat berfikir apa yang perlu dilakukan saat itu..lantas aku teringatkan suami dan terus meminta izin dari doktor untuk menghubungi suami..suami turut terkejut dengan berita itu, dia suruh aku bertenang dan mengikut sahaja apa yamg doktor sarankan. Tiba-tiba terlintas di fikiranku apa salahnya jika aku bersalin di negeri kelahiranku sendiri..kat mana lagi mestilah..PERLIS.. memandangkan kedua ibu bapa dan family semua disana..lantas aku memberitahu doktor tentang hajatku itu, tnpa berfikir panjang doktor terus memberi kebenaran serta menulis surat untuk aku transfer ke hospital TUANKU FAUZIAH, KANGAR PERLIS, tapi dengan syarat aku terpaksa bertolak ke Perlis hari ini juga (13/1/2009). Sekali lagi aku menelefon suami dan memberitahu hasratku mula-mula suami terkejut tapi akhirnya suami juga bersetuju..bukan apa , sebelum ini aku dan suami sudah merancang anak sulung kami biarlah dilahirkan di sini ( IPOH)..bila semuanya selesai aku bergegas pulang ke klinik tempat aku berkerja, memberitahu doktor merangkap bos kat klinik tu la, dan semua kawan-kawanku tentang berita itu..semuanya terkejut kerana aku terpaksa bercuti awal dari yang dijangka...kelam kabut aku meniggalkan pesan kepada rakan sekerja..dan aku pasti suami juga mesti kelam kabut memberitau bos dan minta cuti untuk menghantar aku..tapi aku tahu bos Ikatan Engineering memang sporting dan memahami.. ”TQ BOS”...dan petang itu juga aku travel ke Perlis dalam keadaan sarat...jeng...jeng..jeng...

Tiada ulasan: