Khamis, Februari 09, 2012

ANNIVERSARY...

Assalamualaikum...hari ni 9 Februari 2012 genap 4 TAHUN usia perkahwinan aku dan suami tercinta MOHD GHAZALI BIN BIDIN. Alhamdulillah syukur rumahtangga kami kekal bahagia. Walaupun kadang-kadang berlaku sedikit perselisihan faham tapi tu semua perkara biasa dalam kehidupan berkeluarga,bak kata pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit....inikan pula suami isteri'. Aku bahagia dengan kehidupan sekarang, dikurniakan seorang anak lelaki yang bijak dan petah bercakap MUHAMMAD IRFAN NASRULLAH yang dah pun berusia 3 tahun sekarang ni,kehidupan kami terasa ceria diisi dengan karenah Irfan ,dan kami bakal menunggu kelahiran cahaya mata kedua pada penghujung Jun nanti..INSYAALLAH semua dengan keizinan-NYA.
Dalam melayari bahtera rumahtangga selam 4 tahun ni,banyak benda yang aku pelajari,walaupun kadang-kadang aku belum cukup sempurna untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik,tapi aku bersyukur kerana dikurniakan seoarang suami yang amat memahami. Tiada apa yang aku inginkan sebagai hadiah cukuplah sekadar kasih sayang yang tiada tandingan daripada seorang suami, dan sama-sama menjaga perhubungan ini supaya kekal selamanya sehingga ke hembusan nafas yang terakhir..InsyaAllah...

Rabu, Februari 08, 2012

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya dah lama kami sekeluarga tak menjenguk dan tak update kat blog ni...dah dekat dua tahun rasanya...banyak kisah suka dan duka yang akan tercoret kat blog ni lepas ni.. INSYAALLAH..blog ni akan menjadi tempat untuk meluahkan rasa dan apa yang terpendam di lubuk hati ini ...blog ni juga akan jadi peneman tika suka dan duka untuk kami sekeluarga dan untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja yang sudi....